Tuesday, May 24, 2011

Kek Princess

Assalamualaikum..
Nak berjoli la kejap. Pagi td keadaan di bilik SU memang hingaq bingaq... Ke sana, sini, berpeluh ketiak makcik.Soklan yang paling banyak mengharu birukan hidup CS pagi ni adalah Bahasa Inggeris menengah rendah. Begitulah, setiap orang tidak sempura...jangan nak besar kepala la ye sesape... Membebel dulu ye... ahaks..
Berbalik kepada N3 ni, sebenarnya ini projek pertama mendeko kek princess... Sebenarnya kek ni direquest oleh seorang member untuk harijadi anaknya. CS terus je setuju, bukan kata nak berniaga tetapi seronok sebab dapat belajar... Dengan menggunakan rujukan dari buku Panduan Asas Membuat Kek Zati D'Hati CS meneliti, melihat dan mencuba... Hasilnya memang tidak seperti yang Kak Zati buat, tapi cukuplah untuk kelihatan seperti seorang princess. 
Pada mulanya, CS x beli patung untuk kek princess tu sebab... heeeeeee x pakai baju wei...segan nak guna. Ghupe2nye princes tu kita yang kena pakaikan sendiri bajunye... ha ha ha.... Mana la nak tahu kannnn.... apparaaaaa CS ni. Semasa mendeko ni, jenuh jugak nak tertonggeng nak menelek buku...
Untuk kek princess ni CS guna resepi Cikyah75 MyR. Rasa dia ok jugak...  
Ni ye resepinya...

KEK OREN CIKYAH75

Bahan-bahan:

  • 300g mentega
  • 300g gula kaster
  • 300g tepung gandum
  • 1 sudu teh bicarbonate of soda
  • parutan kulit dan jus dari sebiji oren
  • 6 biji telur

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 150C.
  2. Ayak tepung dengan soda bicarbonate dan ketepikan.
  3. Pukul mentega dengan gula kaster hingga kembang.
  4. Masukkan telur satu persatu dan kacau lagi.
  5. Masukkan tepung sedikit-demi sedikit secara kaup balik.
  6. Akhir sekali, masukkan parutan kulit dan jus oren. Kacau perlahan-lahan hingga rata.
  7. Tuangkan adunan ke dalam acuan bentuk cincin yang telah digriskan dan dilapik dengan 'baking paper' pada bahagian bawahnya.
  8. Bakar selama 1 jam.
  9. Bila masak, keluarkan kek dan biar di atas redai hingga sejuk. 
 Tengok budak Hawa yang sebret besday tu, muka seposen jerk...tak caya dapat kek princess...

Sesungguhnya, buat ni x berapa puashati lagi, sebab krim tu macam x berapa nak cantik, warna pulak xleh nak mix banyak2... maklumlah...tak pandai lagi kan... tapi insyaAllah next time buleh try better than this...






4 comments:

  1. wah2.. gambo tu, kek yg kamoo buat ke..? comey jee..

    ReplyDelete
  2. cantik la kek tu..
    budak2 mesti terpegun pastu nanti ada yg nak kek batman pulak :)

    ReplyDelete
  3. tq kak es...masa nak deco tu tak bernafas rasanya... tapi yang kelakar, bebudak pakat nak makan patung tu je...sebab seksi kot...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]