Thursday, April 10, 2014

Ikan Susu @ Milkfish Panggang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ini merupakan kali pertama saya mencuba memasak dan makan ikan susu @ milkfish. Sebelum ini saya hanya melihat sahaja bila Kak Amie postkan pasal ikan ni. Saya tak tahu bagaimana rasanya sehinggalah saya cuba. Kebetulan masa ke TESCO saya ada nampak ikan ni, jadi saya kail lah seekor besarnya dalam 3 jari dengan harga lebih kurang RM3. Memang teruja la nak mencuba...


You know what? 
Yes! You don't know... T_T

Ikan ni sebenarnya jenis yang bertulang okeh! Saya andaikan ini ikan laut, kalau salah tolong betulkan ya. Ianya mempunyai sisik yang halus dan berkilau. Masa dok siang tu tiba-tiba saya terfikir, orang buang ke idok sisiknya tu? Iyalah, sesetengah ikan lagi sedap jika masih ada sisiknya, sesetengahnya pula sedap kalau tiada sisik. Jadi berbekalkan pengalaman yang sedikit maka saya keluarkan semua sisik yang ada.

Untuk masak ikan ni, saya ikut sebijik-sebijik macam yang Kak Amie kongsi , iaitu dengan cara memanggang. Iyalah, ikan ni pun saiznya ala-ala Nora Danish, jadi kalau nak masak secara vagi da vass tu agak macam tak kena la pulak.

Macam yang saya kata tadi, ikan ni jenis bertulang, terutama di bahagian atas belakang. Perghhhh kemaih seksa nak habiskan seekor yang cinonet ni weh... sambil makan sambil buang tulang. Mana yang tak sempat nak tarik tu ada yang tersangkut di kerongkong dan dalam pipi. Adusssss... Walaupun begitu, seperti namanya ikan ini agak sedap. Saya makan tanpa nasi, hanya meratahnya sahaja sambil dicicip ke dalam kicap yang dicampur bawang dan lada. Lain kali nak kail yang besau sikit, boleh cuba masak cara lain pula.

To Kak Amie, tq atas perkongsian. Saya copy semula untuk rujukan akan datang.


IKAN SUSU @ MILKFISH PANGGANG

Bahan-bahan:
1 ekor ikan susu @ milkfish seberat 1kg - Ami potong bahagian kepalanya
1 sudu teh garam
aluminium foil

Bahan tumbuk:
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang putih
1 sudu makan lada putih

Cara:
1. Lumurkan ikan susu dengan kesemua bahan tumbuk dan garam.
2. Bungkus dengan aluminium foil.
3. Panggang di dalam oven selama 15-20 minit.
4. Keluarkan dan hidangkan bersama pencicah pilihan anda.
 

11 comments:

  1. As salam ... akak pertama kali jumpa, kenal dan makan ikan ni masa tinggal di Sandakan, Sabah. Nama lainnya ikan baulu. Kabarnya ikan ni ' datang' dari Indonesia.. tak pasti pula di import ke atau dari Laut Indonesia. Patutlah tak pernah jumpa di tempat lain. Bila bertukar ke Sg Bulh, Selangor, terkejut bila nampak ada di jual di kedai-kedai runcit. Malah di THE STORE pun ada. Terfikir juga .. maybe sebab ramai Indon di situ. Happy sangat . Ikan di paling enak di bakar. Fuhhhh ... memang terangkat !!! .. Ia ' sepupu' kepada ikan TERUBUK sebab ' bertulang SERIBU :) bersisik halus banyak dan isinya lemak .. ENAK banget !!
    Sisik tak perlu dibuang. Sapu garam kunyit dan bakar je .. then cicah dgn sambal kicap or sambal tomato . Memang suai utk di ratah je .. baru enjoy makan.

    ReplyDelete
  2. Yeaaaayyy... Cheq Sue dah mula makan ikan susu! Sebenarnya Cheq Sue, ikan susu saiz besar tulang tak sebanyak saiz kecik tau.... tak perlu buang2 tulang halus ... lancar je masuk perut he hehehh... Saiz besar basanya 1 ekor lebih 1kg... alahai tiba2 teringlah pulak nak makan ikan susu... oh ya! Ada 2 ekor ikan susu dalam peti sejuk pemberian kawan Encik Suami... balik nanti nak masak!!!!

    ReplyDelete
  3. kekadang kalau makan ikan yang ada tulang ni boleh mengganggu mood nak makan je. haha

    ReplyDelete
  4. assalam..
    kak lina pernah sekali masak ikan susu ni..sedap isinya manis..tp ya ampun banyak benor tulang cam ikan terubuk jugak...
    sedap tu ikan bakar cheq sue..cicah kicap cabai

    ReplyDelete
  5. dana tak penah try ikan nih, tp biasa tgk kt afc ikan nih mmg bnyak tulang... jd nyer kalu ada dpn mata pun mmg tak beli punya... dana mls nk mkn ikan yg banyak tulang nih,walaupun sedap mcm ikan terubuk

    ReplyDelete
  6. salam cheq sue..

    memang sedap ikan ni kan..tapi tulah banyak betul tulang..huhu..

    ReplyDelete
  7. Salam..ikan susu memang sdap gila rasanye..adik ipar pnh buat ikan bakar guna ikan susu.mmg terbaik lah rasa die,lbh sdap dr ikan bkr yg pnh kte rasa

    ReplyDelete
  8. Ikan ni kalau di Semarang memang jadi ole-ole pelancong. Tapi cara masak dia guna pressure cooker. Semua tulang jadi lunak dan tak payah nak buang dah. Namanya di Semarang Ikan Bandeng masak presto.

    ReplyDelete
  9. Kalo family sye masak ikan ni x buang sisik dia. kulit die nipis. kalo di panggang, memang terkoyak semuanya. Bile panggang, sisik dia jdi crispy dan bole di makan. Actually, ikan ni spe tak perna makan memang sangat rugi la sebab ikan ni memang sedap.

    ReplyDelete
  10. Salam puan, Ikan Susu ni kalau Di sabah di panggil ikan boulu/ikan bandeng/ikan bangus. Ianya sejenis ikan air payau iaitu air masin bercampur air sungai(macam air dimuara). Ikan ni memang banyak Tulang tapi bukan terubuk ya😁. Sekarang tengah femes di sabah terutama sekitar tawau, sandakan dan kota Kinabalu. Boleh singgah ke fb ikan boulu tulang untuk cuci2 mata

    ReplyDelete
  11. Ikan Boulu ni dah ada yang berjual tanpa tulang. Boleh Whatsapp 0128192323 /0168316316

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]