Tuesday, December 27, 2011

Blueberry Finger Bun


 
 
Hai semua... Wah, agaknya masing2 dah habis bercuti sempena Krismas, bermacam2 n3 ada di sidebar cheq sue nih. Entah bila nak selongkar dapur korang ni ekkk...jangan la sedih ya, cheq sue kalau kat kg memang payah sikit nak BW, komen mengomen ni, maklumlah tenet ni lemau kemain.

Moh kita tengok roti ni sat. Petang semalam buat manual untuk menghabiskan filling blueberry. Resepi ni diskodeng dari dapur Ros di Jepun nun. Tapi agaknya ada tersilap sukatan, roti ni kurang sedikit kemenjadiannya kerana walaupun lembut tetapi agak berat. Masa penaikkan pun adunan tak berapa nak kembang. Takpelah, nanti cuba sekali lagi insyaAllah pasti berjaya.



Roti ni sedap dimakan gitu aje, sebab adunannya agak manis, masam-masam bluberry tu mengimbangkan rasanya. Tak rugi mencuba. Sebenarnya roti ni menggunakan esen butterscotch (atau vanilla) tetapi cheq sue x masukkan sebab ayah x suka, tapi nampaknya dengan blueberry kat atas tu pun dia x berapa nak makan. Haishhhh selera orang tua, pasni kena buat roti biasa-biasa ajelah. Kalau korang ada masa tu, bolehlah cuba roti ni, di petang hari time2 hujan sebiji dua biji x sedar masuk ke mulut.... Wassalam...



BLUEBERRY FINGER BUN
  Resepi : Ros @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
370gram tepung roti (tepung high protein)
80gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
1 sudu kecil butterscotch@esen vanila
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
160ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula

(untuk topping, sedikit blueberry filling yang dimasukkan dalam platik bersih dan gunting di hujung nya supaya senang untuk di jalurkan atas bun ini nanti)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik
3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.
4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan memanjang, susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.
Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.
5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan jalurkan dengan blueberry filling, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Monday, December 26, 2011

Cinta Suami Orang...

 
 
Mmmmm malam ni, sunyi...hening sangat-sangat. Makin dekat nak habis cuti, makin libang libu rasa dalam hati. Adehhhh... 2 tiga hari ni malas betul nak masukkan n3 masak memasak. Bukan tak masak, hari2 pun masak tapi bila xde hati nak bergambar, nak set lawa-lawa walaupun masih tak lawa-lawa, biarkan ajelah. Tapi malam ni nak la cerita sikit tentang 'cinta suami orang'. Isu sensitif? Bercakap dari pengalaman aje... Tak berkaitan dengan yang hidup atau yang mati.
 
Dengan peristiwa yang telah berlaku, siapa yang silap sekiranya terjebak dalam jerat cinta seseorang yang telah dimiliki orang lain? Dalam banyak2 lelaki di dalam dunia ini, kenapa yang sudah berpunya itu yang kita ingini. Saya pernah juga sekali terjebak dengan suami orang, agak serius juga satu perhubungan itu. Tetapi apabila mengetahui situasi sebenar, perlahan2 kita mengundur diri. Walaupun sakit tetapi masa akan merawatnya, keadaan akan memberi kekuatan untuk melupakannya. Akhirnya setelah beberapa ketika cerita itu dikuburkan begitu saja. Apa yang berlaku menjadi pengajaran. Sekurang2nya boleh menasihati orang lain agar tidak tersalah pilihan.

Tetapi andai ditakdirkan Tuhan, kita mengetahui dia telah beristeri, tetapi kenapa masih tega menghancurkan kebahagiaan orang lain? Meskipun dikatakan suka sama suka, tetapi sampai di mana sudahnya? Usah dikata kita tak mampu melupakannya kalau kita tidak mencuba. Kalau betul kita sayang, lepaskanlah dia pergi kepada yang berhak. InsyaAllah Tuhan akan menggantikannya dengan yang terbaik buat kita. Jangan takut dengan sakitnya kecewa, kerana satu masa nanti pasti akan terubat dengan manisnya cinta yang diganti.

Apabila melibatkan 3 pihak atau 4 pihak, bagaimanakah seorang lelaki yang telah beristeri itu menangani masalah yang bakal berlaku. Bagaimana penerimaan isteri dan anak-anak? Bagaimana pula dia ingin menjaga hati pihak yang satu lagi? Jangan di sana kata cinta di sini pun cinta sudahnya dia yang menjadi kancil di antara 2 ekor gajah bertelagah. Jika berlaku pergaduhan atau perang antara dua wanita kerana berebutkan seorang lelaki, alangkah malu dan rendahnya martabat terasa. Dan sudah tentulah kemenangan berada di pihak isteri. Sudahnya yang pengacau inilah akan menanggung akibatnya sehingga bila-bila. Sampai sudah pun orang akan berkata dia yang mahu merampas suami orang... Di zaman serba canggih ini jangan pelik jika si isteri menggunakan ilmu hitam untuk melindungi rumah tangga dan memastikan kasih suami tidak terbagi. Dan jika itu berlaku siapa yang menanggung sakit misteri? Zaman sekarang semua pun boleh jadi.

Sebenarnya saya masih tertanya-tanya, di mana lebihnya lelaki yang telah beristeri ini? Mungkin ada yang mengaku sudah beristeri sebelum mencari yang lain, tetapi ramai juga yang mengaku bujang kemudian baru berterus terang. Kehidupan yang terjamin, kewangan yang stabil dan sikap pengasih dan penyayang mungkinkan menjadi satu sebab perempuan tergoda? Aduhh, wanita, jangan luaran sahaja yang dilihat. Kalaupun berlaku perkahwinan kedua dan madu memadu, sudah pasti yang pertama tetapi teratas di sanubari. Kasih yang terbagi pula tidak sepenuh hati. Nah, jika begitu janganlah sesekali merelaka diri menjadi kekasih gelap seorang lelaki yang telah beristeri... Wassalam...

Catatan : Merapu!

Sunday, December 25, 2011

Kasih Zakiah Ep. Akhir


Alhamdulillah...jenazah allahyarhamah Mastura telah selamat dikebumikan. Azmi, Zakiah dan Ajmal akan meneruskan hidup seperti biasa bersama kenangan-kenangan terakhir mereka. Zakiah bersyukur kepada Tuhan kerana dia dapat bersama-sama dalam penderitaan Mastura, dapat berbakti kepadanya. Azmi pula bersyukur kerana arwah isterinya telah bebas dari penderitaan duniawi dan harapannya agar Allah SWT meletakkan isterinya di kalangan orang-orang yang dirahmati. 

Dan Ajmal, buah hati cinta kasih isterinya adalah hadiah paling berharga yang ditinggalkan...akan dijaga dan ditatang agar menjadi insan sempurna. Walaupun dengan kekurangan, namun akan dididik menjadi mutiara paling berharga...

Kasih Zakiah Ep. 14

"Aabangg...mmaaaffkannn ssaya bbang... ssaya.. ssaya tak dddaaapat mem..membahagiakan abang.." Mastura berkata kepada Azmi dengan linangan air mata.
"Mas...mengucap Mas...Mengucap... Abang redha segala-galanya Mas.. Abang halalkan sega-galanya."Dalam sebak, Azmi mengucapkan kata syahadah di telinga isterinya.
"Yah... Yyyah jagalah Ajj...Ajmal dan abang Azmi bbbagi pihak akak...akak tak da..dapaaat bertahannn lagi Yah..."
"Kak...mengucap kak...mengucap...jangan cakap macam tu kak.." Zakiah yang berada di sisi sama memberi kekuatan kepada Mastura yang kelihatan semakin lemah dan nafasnya tersekat-sekat.
"Aaa...Ajj..Ajmaaaallll.... Mmmaaafff mmmama tak ddapat mmemmberii kasih ssaayang untuk Ajjmaalll... Ajmaallll..."
Ajmal diletakkan berdekatan Kak Mastura yang kelihatan semakin tenat.
Zakiah menunjukkan bahasa isyarat pada Ajmal agar memeluk dan mencium mamanya...
"Mmmaaaa maaaa.....mmaaa maaa..." Alangkah ajaibnya apabila mendengar perkataan itu keluar dari bibir Ajmal yang selama ini terkunci.
Ajmal memeluk mamamya yang semakin lemah. Dengan nafas yang semakin perlahan...dan tangan semakin terkulai di badan Ajmal, Mastura akhirnya menamatkan penderitaannya di hadapan insan-insan yang menyayanginya...

Azmi meletakkan Mastura pada kedudukan sepatutnya. Mak Mun menghulurkan kain batik lepas kepadanya untuk menutup tubuh arwah isteri yang telah lima tahun berkongsi kasih dengannya. Dan sebelum kain itu menutup seluruh tubuhnya, dia mengucup penuh kasih dahi arwah isterinya, tanda kasih yang tidak akan pudar dan akan bersemi selamanya. Begitu juga dengan Zakiah, yang sudah pun menganggap Mastura seperti kakaknya sendiri. Hampir setengah tahun dia menjaga Mastura, memandi, menyuapkan makanan, malah mencuci najisnya membuatkan dia begitu dekat dengan arwah madunya...

Ajmal, dalam pelukannya dileraikan seketika bagi membolehkan anak itu bersama arwah mamanya buat kali penghabisan. Walaupun tiada bunyi tangisan atau raungan, dia faham akan kesedihan Ajmal yang jelas terpancar dari raut wajahnya.

Ajmal kembali dipeluknya...dengan penuh kasih sayang dia mencium pipi kiri dan kanannya... Segera dia mengisyaratkan kepada Ajmal bahawa mamanya telah pergi menemui Tuhannya. Ajmal meronta-ronta... dan berulang kali menyebut mama....mama nya...

Saturday, December 24, 2011

Strawberry Lassi

 
 
Semalam, cuba pulak buat sendiri segelas strawberry lassi. Kira2 sepeket strawberry tu habis dibuat jus aje. SL ni memang mudah, dan agak unik rasanya sebab cheq sue menggunakan susu masam yang dibuat sendiri.  Sebenarnya pernah jugak minum mango lassi yang menggunakan yogurt, memang xleh nak telan. Sebab tu la bila buat ni cheq sue guna susu segar yang dicampurkan dengan jus limau nipis, macam kita buat buttermilk tu la.. Cuma pada cheq sue, sebarang jus atau minuman yang menggunakan susu segar, lebih sedap diminum semasa sejuk atau diblend dengan ais supaya tak terasa sangat muaknya. Sebab itulah yang ni cheq sue letak sekejap di dalam freezer sebelum diminum. Memang maveless.... :)
 



Jika dibandingkan dengan SMS, rasanya lebih kurang sama cuma yang ini ada rasa masam limau. Jadi bolehlah letak gula lebih sikit. Kalau sape2 yang ada masalah sembelit tu bolehlah cuba minum jus ni pulak ya... Wassalam...
 
STRAWBERRY LASSI
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
12 biji buah strawberri segar - buang daun dan belah 2
1 cawan susu segar
1 biji limau nipis - perah jusnya
1 1/2 sb gula
 Ais kiub - opt
* Jika menggunakan yogurt, x perlu jus limau. Susu boleh ganti dengan air kosong

Cara-cara :
Campurkan jus limau nipis ke dalam susu segar. Biarkan 10-15 minit
Masukkan buah strawberi, gula dan campuran susu dan jus limau. Jika guna ais kiub boleh masukkan sekali
Kisar hingga halus
Sejukkan dalam freezer untuk seketika

Kasih Zakiah Ep. 13

Zakiah memandang Ajmal yang terlena di pangkuan Azmi. Letih agaknya seharian tak duduk diam. Ada saja yang hendai dicapai diusiknya.

"Kenapa tak dibawa ke bilik bang?" Kata Zakiah sambil mengusap rambut Ajmal.
"Sekejap lagi la Yah...Dia baru je lelap."
"Zakiah...Azmi...Kak Mun rasa elok dibawa Ajmal kepada mamanya.. Kak Mun nampak dia dah tenat tu.." Kak Mun bersuara cemas.

Azmi dan Zakiah berpandangan. Mastura tenat? Patutlah petang tadi seleranya hilang dan dia kelihatan resah di perbaringan. Zakiah dan Azmi bergegas ke tingkat atas. Ajmal di ribaan tersedar dan kebingungan.

Friday, December 23, 2011

Kasih Zakiah Ep. 12


"Mmmaa maa..." Zakiah tidak jemu-jemu mengajar Ajmal untuk menuturkan perkataan keramat itu.
Kak Ana yang melihat dari jauh mengesar air mata nya yang berlinang. Dia kagum dengan kecekalan Zakiah untuk membantu Ajmal bersuara. Walaupun kebarangkaliannya begitu kecil, siapa tahu rahmat Tuhan mungkin mengubah hidupnya. Sekarang, Zakiah sudah pun dapat menggunakan bahasa isyarat dengan Ajmal walapun tidak sepenuhnya. Dia senang bergurau senda, mengusik dan mengacau Ajmal yang sudah dianggap seperti anaknya. 

Strawberry Milk Shake

 
 
Sesekali kata hati ingin menikmati jus yang mewah dengan rasa dan penuh dengan aroma. Kena sekali dengan strawberry milk shake (SMS) ni. Dah lama jugak nak rasa. Memang mudah nak dapat jika dok CH, segelas hanya RM 6.90 ++. Balik dari CH semalam, beli sepeket buah ni khas untuk cuba. Kalau jus biasa dah cuba, boleh klik sini. Rupa2nya SMS ni memang sedap, masam manis lemak dan sungguh puas menikmatinya saat dingin. Patut ler orang Ipoh nun gemar sangat SMS ni. Kita yang dok CH lak macam jakun 1st time baru minum. He he he........




 
InsyaAllah balik nanti nak cuba beli pulak SMS, nak compare dengan yang dibuat ni. Kita kata sedap, entah kat kedai camana rasanya. Kalau dilihat warnanya agak pucat, kalau ada kordial boleh masukkan sedikit. Kalau xde warna asal pun cukup. X payah pakai pewarna.
 



 
Dengan menggunakan resepi ni, dapat lebih kurang 3 gelas SMS, memang puas hati sungguh. Kalau ada sape2 yang teringin nak cuba tu bolehlah tengok resepi kat bawah ni... Mmmmmmm cheq sue tengah hirup ni, sape yang nak tumpang moh lerrr... Wassalam...
 
STRAWBERRY MILK SHAKE
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
25 biji strawberry ~ buang daun, belah dua, freezekan semalaman
2 cawan fresh milk
2 sb gula @ susu pekat ~ cheq sue guna gula
1/2 sk esen vanilla
Ais ketul secukupnya (sekiranya menggunakan strawberry fresh)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar, kisar sehingga halus
Bolehlah diminum, jika suka simpankan sekejap di dalam peti ais sebelum dinikmati

Thursday, December 22, 2011

Roti Putih Madu Harum Vanila (Butterscotch) ~ Ha Ha Ha...


 
 
Camana dengan keputusan PMR? Mungkin ada di kalangan teman2 merupakan guru ataupun ada anak2 yang akan mengambil keputusan pada hari ini. Cheq sue masih menunggu keputusan tiba di sekolah, dengar2nya ada senyuman, tapi wallahu'alam. Kat sini sejak semalam hujan gerimis mengundang, memang sejuk abes...
Meh kita hilangkan debar keputusan PMR dengan RPMHB ni. Kemain panjang namanya. Roti ni cheq sue buat semasa sampai di CH 2 hari lepas, dan masih ada beberapa biji belum habis. Laburkan aje semua dalam BM dan bakar. Resepi pilihan tentunya dari blog Jintan Manis. Kebetulan ada print e-booknya, so dah senang sikit. Sebenarnya roti ni menggunakan esen vanila sebagai agen bau, tapi cheq sue tukarkan kepada esen butterscotch, sebab tu kena bagi nama lain sikit. Mintak halal ye tuan nye resepi. Cuma, agaknya esen butterscotch tu x match dengan madu, tak terbau sangat wanginya. Masa uli tu memang semerbak, tapi bila dah masak, dah jadi kurang. Nanti lain kali nak cuba guna esen vanilla pulak.




 
Dengan menambahkan water roux dan telur, roti ni memang ringan dan gebu. Cuma pada tekak cheq sue agak tawar, memang sesuai sangat di makan dengan kopi atau teh panas. Di dalamnya pula cheq sue letakkan sedikit kismis hitam sebab xde filling untuk inti.



 
Kalau korang ada kelapangan tu, boleh la cuba resepi ni. Memang dapat agak banyak, sampai 3 kali makan pun tak habis lagi. Musim2 hujan camni sesuai kalau nak dijadikan sarapan atau minum petang.  Mmmm jumpa nanti eh... Wassalam...

ROTI PUTIH MADU HARUM VANILA (BUTTERSCOTCH)
Resepi : Ros Jintan Manis
Sumber : E-book Ros Jintan Manis

- kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwich dan 1 acuan petak 18cm.
 
Bahan-bahan ( untuk doh roti)
500gram tepung roti
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
3 sudu besar shortening@lemak sayuran
220ml air suam
6gram yis ( jenama Mauripan)
4 sudu besar water roux
1 sudu kecil garam
beberapa titik esen vanila ~ cheq sue ganti dengan esen butterscotch, tapi x berapa harum la...
 
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu


Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dan letakkan doh di dalam plastic,
ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbuk kan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukkan dalam acuan sandwich loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun
dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, gliss permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun
perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya.

Wednesday, December 21, 2011

Strawberry Juice

 
 
Dah ada kat CH ni xsah la xde n3 pasal strawberi. Jus ni dibuat masa budak2 KL mai umah 2 minggu lepas. Ada yang meminta nak minum jus ni, kebetulan ada beli strawberi, tu yang boleh buat kejap aje.  semua orang pun dah tahu buat jus ni...senang aje. Kalau ada yang teringin tu, silalah dapatkan sekarang... :)



 
STRAWBERRY JUICE 
Resepi : Cheq sue
Bahan-bahan :
15 biji strawberi - buang daun dan belah 4
1 cawan air suam / sejuk
2 sudu besar gula pasir
Ais kiub secukupnya

Cara-cara :
Masukkan semua bahan-bahan dan blend hingga sebati
Jika suka boleh tambahkan sedikit kordial strawberi
Bila sudah hancur, bolehlah dimasukkan ke dalam gelas dan dihidangkan

Pau 2 in 1 ~ Goreng & Kukus


 
 
Pau 2 versi ni cheq sue buat 2 hari lepas, dengan niat nak habiskan inti kacang merah. Tinggal lagi 1 tapewer kecik, dah plan pulak nak buat kuih bom. Pastu habislah episod inti kacang tu... Memula pening jugak bila mek suruh buat roti (pau) goreng sebab buku resepi lama tinggal di CH, pastu cari kat tenet pun x berkenan di hati. Bila nampak resepi kak fida ni yang hasilkan 2 jenis pau, terus aje nak cuba. Tapi penat la sebab uli manual 1 kg tepung. Kira2nya memang berpeluh la jugak.

Kalau resepi Kak Fida, memang boleh dipercayai. Kebanyakan resepinya memang menjadi. Kalau ada 1 2 yang dicuba tu yang tak jadi, mungkin la silap sendiri. Resepi ni pun begitu jugak, tak sangka tepung yang x diperap, x dipenaik menghasilkan pau yang gebu dan lembut walaupun dah sejuk. Tapi cheq sue memang fail bab2 nak membulatkan pau ni, sama ada versi goreng @ kukus, memang berkerepot jadinya.



 
Kat dalam gambar tu pau yang telah masak dikukus dan pau goreng yang digoreng separuh masak. Kebetulan esoknya nak ke KB, kalau goreng siap2 takut tak sedap nak makan sejuk, elok aje balik dari KB tgk2 dah licin semua. Pau yang cantik sebiji kat atas tu inti kacang manakala yang ada cotet-cotet macam kata Kak Ros tu di isi dengan jem rambutan.  Kalau kata sape yang nak cuba, dapat dalam kuantiti banyak boleh la buat yang ni.
 
Cheq sue tinggalkan korang dengan pau ni je ye...nak kena pi sekolah ni, nak dengar jugak ape ke citernya SBPA tu... Nanti balik jumpa lagi... Wassalam

PAU 2 IN 1 ~ GORENG & KUKUS
Resepi : Kak Fida @ MyR
 
Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
120 g gula halus
1 sk rata garam halus
140 ml minyak sayur/makan
5 sk rata instant yeast * (cth - Mauripan dll.)
450 ml air paip *

Cara-cara :
Satukan bahan *

Masukkan tepung, gula dan garam ke dlm mangkuk besar dan gaul rata.
Kemudian masukkan minyak sedikit2 dan gaul lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan air yeast sedikit2 dan uli hingga lembut dan tak melekit. Jika masih melekit, tambah sedikit tepung.
Doh yg sudah siap diuli, tidak perlu diperap. Boleh segera di buat pau.
Bulat2kan doh dan isi inti kesukaan masing2.
Goreng pau 1/2 msk dan simpan dlm freezer jika ingin membuat pau goreng instant. Atau kukus pau dan simpan dlm freezer utk pau kukus instant.
Inti pau pilihan seperti sambal tumis, kacang merah, kaya, kelapa manis, choc. dan lain2.
Adunan akan lebih lembut jika menggunakan food mixer.

Tuesday, December 20, 2011

Sambal Sotong Aroma

 
 
Time korang baca ni....(kalau ada), cheq sue dalam perjalanan balik ke CH, sebab esok ada taklimat tentang SBPA dan Jumaat tu keputusan PMR akan keluar. Maaf la ya sebab kena autopublish, malas nak tinggal banyak2 dalam draft.
 
Sambal sotong ni cheq sue buat 2 hari lepas untuk lunch. Dah ramai antara kita yang tahu buat sambal kan? Semuanya pasti sedap2 belaka dengan pelbagai cara dan bahan membuatnya. Yang cheq sue buat ni versi orang tak pandai... Istimewanya sambal sotong ni adalah dek kerana penggungaan daun pandan. Kalau korang belum pernah test daun pandan dalam apa jua sambal, nanti boleh la cuba, memang wangi dan menaikkan lagi selera. Cheq sue dah lama jatuh cinta dengan daun pandan dalam sambal ni...





SAMBAL SOTONG AROMA
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
5 ekor sotong besar ~ bersihkan dan potong bulat
4 biji bawang merah *
1 biji bawang putih *
3 sb cili boh / 10 biji cili kering ~ biasa guna yang tak pedas *
1 cm halia *
1 cm kunyit hidup *
2 helai daun pandan ~ dicarik2 dan disimpul
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit nissan, kicap, gula dan garam

Cara-cara :
Blendkan bahan * dengan sedikit air
Panaskan minyak dan tumis bahan * sehingga garing dan wangi
Masukkan nissan dan tumis lagi sehingga nissan hancur
Kemudian masukkan sotong, tumis seketika. Masukkan pula daun pandan, gula, garam dan kicap secukup rasa. Jika sambal agak pekat x perlu tambah air sebab air sotong akan keluar.
Masak sehingga sotong empuk, tak perlu terlalu lama sebab sotong akan liat. Perasakan masam manisnya dan bolehlah di angkat.

Cucur Tauge & Bawang ~ Simple


 
 
Pagi yang tak berapa nak pagi dah ni, jom layan cucur tauge dengan bawang. Kat rumah ni, tauge x menjadi pilihan langsung. Cheq sue beli seplastik, memula buat yam pla meuk, pastu goreng dengan udang tapi masih ada lagi, tu yang jadi cucur ni. Bila dah x berupa tauge ni pandai pulak depa makan. Hai memilih jugak kaum kerabat cheq sue ni.
Cucur ni simple je sangat, hanya guna bahan2 asas, tapi hasilnya memang memuaskan dan lembut aje. Kalau agak2 korang xde idea apa nak dihabiskan dengan tauge, boleh le buat cucur camni. Kalau nak tambah udang, ikan bilis, ubi kentang, dau kucai, atau bende2 lain yang dirasakan boleh...boleh aje. Yang cheq sue ni udah namanya versi simple. Haaa jom tengok camana resepinya.




 
CUCUR TAUGE & BAWANG
Resepi : Cheq Sue
 
3 cawan tepung gandum
2 genggam tauge
1/2 biji bawang besar
1 sk yis
Air + garam secukupnya

Campur kesemua bahan di atas, air tu agak2 supaya adunan x lembik x keras. Biarkan dalam 30 minit dan bolelah digoreng. Di makan dengan sos cili Thai.

Monday, December 19, 2011

Kek Span Coklat



 
 
Buat kek lagi, kali ni yang seksi seperti kata Izah. Kek span coklat ni dibuat gitu aje, xde aising2 bagai. Kali ni saja buat untuk habiskan santan. Sebab kek ni senang dan sedap, sudah tentu ia menjadi pilihan. Kalau dulu cheq sue buat kek ni tapi versi plain, versi coklat ni pun tak kurang sedapnya. Tiba-tiba teringat tiramisu, mesti sedap kalau kek ni dibuat base... Adehhhhh...




  
Kalau nengok ke kek ni, ada garis kehitaman sedikit di bahagian bawahnya, agaknya tu apa ya? Nak kata bantat idak, memang lembut tahap pipi cheq sue. Jadi kita abaikan ajelah. Yang penting sedap, kena dengan selera. Kalau nak buat deco arijadi, letak aising buttercream pun sedap jugak ni.
 
Cheq sue buat kek ni malam tadi. Memang agak kelam kabut sikit, tambah2 kena buat nasi lemak untuk dibawa ke masjid. Bila kek ni dah masak, tak tahulah camana boleh terjatuh rak oven ke atasnya. Dah jadi cacat sikit. Seb baik sikit aje...kalau sampai terbelah kek tu, sadisnya....




 
Kalau sesape yang suka nak makan ke yang ringan-ringan, x muak bolehla cuba buat kek ni. Tak sampai pun setengah jam, cuma masa nak bakar tu aje la korang kena tunggu. Kalau nak buat dengan anak2 pun buleh, mesti depa suka... Cheq sue pun tumpang suka gak.... Wassalam...
 
KEK SPAN COKLAT
Resepi : Rahel
Sumber : Sue @ Nenie

BAHAN-BAHAN 
200g tepung kek/tepung superfine ~ gandum
200g gula kastor ~Sue buh 100gm jeee saya masukkan 130g 
110g mentega cair/minyak masak
100g air/susu cair ~ santan cair
40g serbuk koko
20g ovalet
6 biji telur gred A
1 st serbuk penaik
1 st emulco coklat ~ xde dalam stok
PENYEDIAANNYA
Griskan acuan bulat 9".Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 170'C.
Satukan gula kastor,ovalet,tepung kek,serbuk penaik dan telur di dalam mangkuk adunan.Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dangan kelajuan tinggi.
Perlahankan kelajuan dan masukkan air/susu, emulco coklat dan serbuk koko. Pukul lagi selama 5 minit.
Tuangkan mentega cair/minyak masak dan gaulkan dengan senduk kayu hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan terus telangkupkan selama 5 minit agar kek tidak mendap.Kemudian terbalikkan semula dan biarkan kek sejuk sepenuhnya.

Sunday, December 18, 2011

Kata Ibnu Abbas...

 
 
HIDUPLAH SESUKA HATIMU, SESUNGGUHNYA KAMU PASTI AKAN MATI. 
CINTAILAH SIAPA SAJA YANG KAMU SAYANGI, SESUNGGUHNYA KAMU AKAN BERPISAH DENGANNYA.
LAKUKAN APA SAJA YANG KAMU KEHENDAKI, SESUNGGUHNYA KAMU PASTI BEROLEH BALASANNYA.
DAN INGATLAH BAHAWA BERSAMA KESULITAN ITU SENTIASA AKAN TIMBUL KESENANGAN...

Watermelon Lemonade

 
 
Pada selera cheq sue, pada musim hujan beginilah lebih syok kalau dapat minum jus sejuk. Memang terasa la sejuknya tu. Pastu kalau berulang ke bilik air sila la tanggung sendiri.  Tambah2 kalau dapat WL ni, memang kena la dengan manis tembikai dan masam limau nipis tu.
 



Kalau nak rasa satu kelainan, sila la cuba jus ni. Pada tekak cheq sue memang cukup segala rasa, maklumlah suka dengan masam limau nipis. Kalau nak tukar pada limau kasturi pun boleh... bergantung pada citarasa masing-masing. Ini hanya satu idea saja...semoga bermanfaat. Wassalam...
 
 WATERMELON LEMONADE
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
2 potong tembikai tiada biji ~ kupaskulitnya, kalau ada tu ikhtiarkanlah buang ya
3 biji limau nipis ~ belah 4, buang biji dan kupas kulit
Sedikit gula
 Air dan ais ketul secukupnya

Cara-cara : 
Masukkan tembikai, limau nipis, gula, air dan ais ketul ke dalam blender
Kisar sehingga tembikai hancur
Bolehlah dituang ke dalam gelas bersesuaian dan sedia dinikmati

Aikkk...Dapat Tempahan Kat Kampung!


 
 
Kek ni ditempah oleh seorang sahabat untuk anak bongsunya. Cheq sue buat simple2 aje, just nak make sure budak tu happy. Demo memang ke laut, cuma kali ni ada badut 2 ekor, tengok di blog sape tah, pastu cuba buat sendiri. Kat Pasir Puteh x banyak yang boleh dibeli untuk deco, nasib baik ada kepala badut ni. Kaler memang suci murni aje, malas nak mix banyak2... Less is more... Harap berpuas hati sebab kompom dah abes.... :)
 




 Masih menggunakan kek coklat (DBCC) + strawberry filling + FC aising





Masih ada ruang nak betulkan dan kemaskan lagi pada huruf dan perkataan, nampak la sangat macam tu aje..

Saturday, December 17, 2011

Yam Pla Meuk


 
 
Selamat tengah hari semua. Terima kasih pada teman2 yang memberi pandangan tentang kisah  Apa Lelaki Mahu. Maaf jugak x dapat nak respon sebab asyik loading aje. Tenet pun dah jadi lemau bila hujan ni. Nasib baik tuan tanah tetap mantain dengan n3 baru... He he he...

Apa menu lunch harini? Cheq sue dah siap satu. Tu kat bawah tu, kerabu sotong. Tengah dok sebatikan dengan bahan perasa. Ada satu lagi yang nak kena buat atas permintaan. Tadi ke pasar pagi, rasa macam nak borong aje semua. Banyak sayur2 kampung, kalau dapat sayur putih makan dengan ikan kering adehhhh masyukkkk....


 
Dah lama teringin nak buat kerabu sotong ni, bila sebut kerabu aje menjejer-jejer air liur. Yang dah makan pun boleh rasa lapar. Kat rumah ni jarang2 buat kerabu camni, selalu mesti ada kelapa goreng dan santan. Sesekali kerabu macam ni mesti membuka selera. Kalau agak2 korang xde idea nak buat apa tu cuba-cuba la kerabu ni ya... Memang meletop abes...
 
YAM PLA MEUK @ KERABU SOTONG
Sumber : Kak Wan @ Citarasawan

Bahan-bahan
1 kg sotong di kelar dan di rebus ~ cheq sue hiris bulat dan celur dalam air panas

Bahan Tumbuk
2 ulas bawang putih di tumbuk halus
5 tangkai cili padi di tumbuk halus
Bahan Hiris
2 labu bawang besar di hiris nipis
3 batang serai di hiris halus
2 biji tomato di hiris
2 hiris halia
sepotong nenas di cincang

3 tangkai daun pudina ~ cheq sue guna daun ketumar dan daun bawang

Sedikit bunga kantan
5 biji cili padi di hiris

Bahan Perasa
2 biji limau nipis di ambil airnya
4 sudu besar sos ikan
1/2  sudu besar gula + 1/2 kpg nissan & sedikit garam



Bahan lain :
Segenggam tauge ~ dicelur sebentar dalam air panas
 

Cara :  
Sebatikan bahan perasa dan gaul dengan bahan2 yang dihiris nipis.
Masukkan sotong dan tauge. Kacau hingga mesra. Selepas beberapa ketika boleh rasa masam, masin dan manisnya.  
Siap di hidangkan.

Apa Lelaki Mahu???

 
 


Petang semalam sempat bermesyuarat tingkat dengan kakak-kakak di depan rumah. Sambil2 melayan mood merudum ni, just nak share citer ni. Apa lelaki mahu? Macam mana yang mereka hendak? Kisah ini berkisar tentang perhubungan dan pemilihan seorang perempuan untuk di jadikan isteri. Kita namakan dia sebagai A. Sebenarnya A ni masih muda, belum pun 25 tahun, bekerja sebagai anggota keselamatan di selatan tanah air. Dia pernah bertunang tetapi ditakdirkan tiada jodoh, maka perhubungan itu terpaksa diputuskan. Sebabnya kerana si  perempuan itu 'agak' cemburu dan 'kurang kepercayaan' kepada bakal suami yang berjauhan.

Okeh, bila dah putus tunang, agaknya sedikit terasa, maka A memberi kepercayaan kepada keluarga untuk menentukan dan memilih jodoh untuknya. Dia menyatakan TIDAK KISAH yang macam mana pun. Maka berlakulah sesi cari mencari, intai mengintai dan risik merisik. Ada sesekali A membawa balik seorang gadis, tetapi tidak disetujui oleh datuknya dengan alasan TERLALU KURUS. Kemudian diperkenalkan pula dengan seorang jururawat tetapi tak mahu juga, kerana BANYAK HUTANG (kita andaikan dia hutang PTPTN la tu...). Ok takpe. Jumpa pulak seterusnya dengan seorang cikgu. Mmmmm ditolak jugak kerana ada sedikit kecatatan fizikal padanya. Kemudian ketemu lagi dengan seseorang tetapi tidak berkenan sebab kulitnya hitam (lahir masa bulan gerhana kot). Yang berada jauh-jauh pun tak mahu juga. Yang x ada kerja pun dirijeknya juga. Agaknya mahu yang cantik aje macam Aishwarya Rai atau Kareena Kapoor.... Iyalah, zaman sekarang ni masalah jugak kalau dapat calon isteri tak lawa. Nanti lima enam tahun pun orang asyik dok cerita benda sama aje.

Tiba-tiba rasa seram, terbayang diri sendiri, kalau semuanya nak yang lawa-lawa tahap retis, yang tinggi lampai macam Ziana Zain, atau yang tubuhnya seperti Amber Chia... kesian la yang tak berapa lawa ni. Yang debab, yang kemetot, yang gerhana kulitnya...maka siapa yang akan memilih dia? Kenapa syarat luaran yang dijadikan keutamaan? Lalu bagaimanakah dengan syarat-syarat yang ini...  (Sumber Mr Wiki)
  • beriman & solehah
  • rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • menentukan mas kahwin yang rendah
  • wanita yang subur
  • masih dara
  • berasal dari keturunan yang baik
  • bukan keturunan terdekat
  • tidak memandang harta semata-mata

Pada pandangan cheq sue, A masih muda dan masih punya banyak masa untuk mencari yang serasi dan memahami jiwa. Urusan ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua telah ditetapkan. Hal nikah kawen ni bukan macam main pondok-pondok. Ianya hal sepanjang hayat. Apalah guna syurga di dunia jika derita juga sudahnya? Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan sendiri. Dan sebagai bakal pasangan, andalah yang akan melengkapkan kekurangan pasangan diri anda. Sebenarnya ini bukan saja untuk A, tetapi juga untuk diri sendiri.... Dan lelaki, carilah pelengkap tulang rusukmu dengan sebaiknya kerana ia akan melengkap dan menyempurnakan kehidupan anda selamanya... Wassalam...

"Ya Allah, rezekikanlah aku dengan cintaMu, dengan orang yang mencintaiMu, dengan cinta yang boleh mendekatkan aku denganMU."

Friday, December 16, 2011

Apam Keledek

 
 
Pagi tadi hujan lebat sungguh, nasib baik tak berlarutan. Memang syok tarik selimut tambah2 takde gangguan. Tapi dok kg ni bukan leh peram lama2. Sebelum radio tak berbayar berbunyi baik bangun cepat2. Masih tentang keledek. Kali ni buat apam pulak, pagi semalam projeknya. Yang ni memang best. Jika dibandingkan dengan apam nasi cheq sue lagi suka yang ni. Lembut, gebu dan ringan, langsung tak rasa keledeknya. Malah ada yang terkejut bila diberitahu apam ni dibuat dengan keledek. Pekena pulak dengan kelapa parut. Adehhhh... Kalau apam nasi, kadang2 nasi x lumat sangat bila diblend, tapi yang ni memang perfect! Jangan lak korang mintak2 ye, dah selamat abis licin dah ni...
 

Dengan menggunakan keledek oren (sama macam yang buat donat keledek), memang tak tambah pewarna langsung. Kak Nor buat dengan keledek ungu, cantik jugak warnanya. Masa mula2 bancuh tu x la terang, takut jugak jadi pucat tapi bila masak amboiiiiiiii lawa ngalahkan anak dara!! Buat apam ni jangan risau, kalau betul caranya memang menjadi. Kalau korang ada masa tu jangan lupa cuba okeh. Kalau takde ubi, boleh jugak ganti dengan kentang. Tun kat Teganung nu dah habis ke stok ubinya...kalau xde moh le try yang ni pulok... Wassalam...
 
APAM KELEDEK
(Olahan dr Apam Kentang)
Sumber : SecubitGaramNor67

Bahan-bahan:
* 1/2 cwn gula pasir ~ k.nor kurangkan sket dr sukatan asal
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn keledek
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* 250 ml susu cair ~ resipi asal guna santan

Cara-cara:
1. Keledek rebus di blend bersama dngn santan (biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b/powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati (K.Nor guna handwisk jer)
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut.

* Cara K.Nor:

  • lepas adunan diperap 1 jam, masukkan ke dalam bekas kecil yg dah disapu minyak.


  • isikan 3/4 penuh bekas aje.



  • biarkan lg lebih kurang 10 minit (adunan akan naik sedikit lagi) ~ kalau tak peramkan sekejap, apam akan jadi agak padat tapi masih lembut. Boleh tgk perbezaan yang perap dan tidak



  • baru lah dikukus hingga masak

  • Thursday, December 15, 2011

    Kek Span




     
     
     Selamat petang semua... Harini agak sibuk sedikit + mood blogging berkurang. Tengah hari tadi ke rumah pakcik di Pasir Puteh, ada kenduri arwah. Harini hujan sepanjang masa, xde mentari langsung. Kesian korang dok menatap donat keledek cheq sue tu dari tadi ye.... Meh cheq sue jamu dengan kek span ni pulak.





    Resepi kek ni cheq sue dapat dari blog Sue@ Nenie, kembar cheq sue tu, manakala penyumpang sebenar adalah nun jauh di seberang laut tokey kek kita Rahel. Memang sedap sangat kek ni, lembut dan gebu.  Kalau korang masih ingat kek ni la yang cheq sue buat untuk hari jadi Ayuni dan Aina. Budak2 yang makan pun kata sedap. Tq pada rahel yang berkongsi resepi tapi cheq sue x buat versi coklat hanya versi biasa saja. InsyaAllah lain kali kalau ada permintaan cheq sue akan buat juga. 
     
    Kek span ni memang kena dengan aising fc tu, kalaupun xde aising masih sedap jika dijadikan juadah minum petang atau sarapan. Kalau ada kelapangan bolehlah cuba ya. Trimas untuk Sue & Rahel. Memang curlasttt abes... Wassalam...

    KEK SPAN
    Resepi : Rahel
    Sumber : Sue / Nenie
    Olahan : Cheq Sue
     
    BAHAN-BAHAN
    200g tepung kek / tepung superfine ~ cheq sue guna tepung gandum
    200g gula kastor ~Sue buh 100gm jeee ~ cheq sue pun
    110g mentega cair/minyak masak ~ minyak masak
    100g air/susu cair ~ santan
    40g serbuk koko
    20g ovalet
    6 biji telur gred A
    1 st serbuk penaik
    1 st emulco coklat
      PENYEDIAANNYA
      Griskan acuan bulat 9".Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 170'C.
      Satukan gula kastor,ovalet,tepung kek,serbuk penaik dan telur di dalam mangkuk adunan.Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dangan kelajuan tinggi.
      Perlahankan kelajuan dan masukkan air/susu, emulco coklat dan serbuk koko.Pukul lagi selama 5 minit.
      Tuangkan mentega cair/minyak masak dan gaulkan dengan senduk kayu hingga sebati.
      Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
      Setelah masak,keluarkan dari ketuhar dan terus telangkupkan selama 5 minit agar kek tidak mendap.Kemudian terbalikkan semula dan biarkan kek sejuk sepenuhnya.

        Donut Keledek

         
         
        Donat keledek ni cheq sue buat petang semalam, saja nak test resepi. Kebetulan ada beli keledek oren. Jadi cuba buat setengah adunan. Dapat banyak jugak. Memang agak lembut dan terasa ubinya. Mmmm siapa sangka, kalau selama ni ubi keledek sinonim dengan cek mek tapi sudah boleh dijadikan juadah yang lain pula.
         


         
        Kalau tengok memang tak ada rupa. Donat cutter tak ada, so tekan dengan gelas dan kat tengahnya tu guna penutup botol. Kalau bentukkan manual pakai tangan agaknya tak berupa langsung...
         



        Makan time hangat2 memang sedap. Rangup di luar lembut di dalam.
         
        Kalau ada yang nak cuba tu boleh la buat menggunakan keledek atau kentang. Selain dapat pengalaman baru, dapat jugak idea untuk pelbagaikan masakan. Tq pada Kak Nor & Ros kerana sudi berkongsi. Wassalam...
         
        DONUT KENTANG
        by Ros Jintan Manis
        sumber: K.Nor@SecubitGaram


        Bahan-bahannya
        250 gram tepung gandum
        80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
        2 sudu besar susu tepung/skim milk
        1 biji telur ( dipukul sedikit)
        80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
        1 1/2 sudu besar marjerin
        2 sudu besar gula
        4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
        ( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

        Caranya.
        1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
        2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
        3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
        4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

         Ni sukatan yg K.Nor buat utk 2 adunan bg Donut Keledek
        Sumber: K.Nor@SecubitGaram
        * Saya buat separuh adunan je

        500 gram tepung gandum
        200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
        4 sudu besar susu tepung
        1 biji telur ( dipukul sedikit)
        200 ml air suam ~ k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer
        3 sudu besar marjerin
        3 sudu besar gula ~ gula dikurangkan sket sbb keledek dah ada rasa manis
        3 sudu kecil yis ~ lain kali nak kurangkan sket

        Wednesday, December 14, 2011

        Nasi Kalio Ayam

         
         
        Angin sepoi-sepoi menyapa di petang hari. Mentari sudah hilang, diganti dengan awan hitam menandakan hujan akan datang. Alhamdulillah, syukur dengan nikmat dingin yang Tuhan berikan. Walaupun dijangka banjir pusingan kedua, nampaknya hujan hanya sekejap-sekejap. Harapnya x la sampai berlaku banjir.

        Korang dah lunch? Laaaaa dah dekat pukul 4 mesti semua dah kenyang. Cheq sue pun alhamdulillah dah selamat makan tengah hari dengan menu istimewa. Tadi terpandang di rumah Kak Azlita, meronta2 hati nak cuba. Walaupun di kampung banyak bahan yang tak ada, heronya juga tiada tapi cheq sue buat juga menggunakan ayam untuk menghilangkan keinginan di dada. Cheq sue ni pantang kalau nasi2 camni, memang suka sangat.Tu kat dalam draft berderet resepi nasi yang hendak dicuba.



         
        Pada pendapat cheq sue, keistimewaan nasi ni terletak pada lauknya. Samada guna burung puyuh atau ayam, lauk yang terhasil memang sedap. Masa tengah goreng tu memang wangi habis. Goreng pun tak lama sebab ayam dah separuh masak. Cuma nasi ni agak kuning sebab cheq sue guna rempah ayam bakar yang kebetulan sama dengan bahan2 tumis, cuma ditambah kunyit dan lada hitam. Rempah pulak tak tahu lah rempah apa yang ada kat rumah, tapi rasanya bukan rempah kurma. Tapi xpelah, asalkan jadi dan sedap, enough! Kalau dapat makan dengan acar atau dalca, lengkaplah hidangan ni...
         


         
        Beras tu biasalah, cheq sue guna beras siam aje dan dimasak atas dapur gas. Kuantiti bahan-bahannya pula cheq sue kurangkan sebab beras hanya 1 pot. Kalau ramai yang nak makan tu bolehla ikut macam resepi ni ya. Ayamnya pulak dalam 1/3 ekor aje, cheq sue potong saiz kecil. Tapi kalau ada burung puyuh lagi meleleh rasanya. Adehhhh.... Korang kalau ada masa tu jangan lupa cuba tau...rugi kalau tak rasa. Wassalam...
         
        NASI KALIO AYAM
        By : Chef Zaidah
        Rujukan : Buku masakan Cita Rasa Malaysia 1000 Resepi Unggul
        Sumber : Kak Azlita @ Masam Manis

        500 gm burung puyuh ~ ganti dengan 1/3 bahagian ayam (potong sederhana kecil)
        4 cawan beras basmathi ~ cuci dan toskan
        5 ulas bawang merah ~ dikisar
        garam secukup rasa
        2 sudu besar rempah kurma
        4 sudu besar minyak sapi ~ cheq sue guna majerin
        2 sudu besar puri tomato ~ yang ni pun xde, cheq sue masukkan isi tomato kisar
        1 liter air
        250 ml susu segar


        Bahan Tumis
        1 cm halia ~ dihiris
        5 ulas bawang merah ~ dihiris
        2 ulas bawang putih ~ dihiris
        7 kuntum bunga cengkih
        5 biji buah pelaga
        1 cm kulit kayu manis

        Bersihkan burung puyuh
        Perapkan demgan bawang merah kisar, garam dan 1 sudu rempah kurma
        Panaskan minyak sapi di dalam kuali
        Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga wangi
        Masukkan baki rempah kurma dan puri tomato gaul rata
        Kemudian masukkan burung puyuh dan tumis sehingga burung puyuh separuh masak.
        Keluarkan puyuh
        Kemudian masukkan air dan susu
        Masak hingga mendidih
        Masukkan beras dan perasakan dengan garam
        Tanak nasi sehingga nasi masak

        Puyuh tadi kita goreng dengan minyak
        Hidangkan dengan nasi.

        Inti Kacang Merah


        Kalau sape yang rajin mai lepak sini mesti perasa semenjak dua menjak ni selalu ada n3 yang menggunakan inti kacang merah. Macam n3 roti hokkaido tu... InsyaAllah lepas ni akan ada lagi... Jangan jemu pulak ya. Bukan apa, ada banyak lagi inti kacang yang dibuat sendiri, makan masa jugak nak habiskan. 
        Masa baru2 balik kg minggu lepas, Mek ada tanya nak buat apa dengan kacang tu. Memula dia plan nak masukkan dalam ketupat palas tapi orang kata x sedap sebab keras. So cheq sue cari la resepi camana nak buat inti. Terjumpa di MyResepi yang diposkan oleh Mama Kastam Tioman. Sepatutnya cheq sue buat separuh aje kan, sebab dah buat semua dapat dalam 1 bekas aiskrim... Banyak jugak.



         
        Yang ni hanya separuh aje, nak difreezekan, kalau tahan boleh bawa balik ke CH. Kalau korang ada masa tu boleh la cuba buat sendiri. Cheq sue selalu pun beli aje. Bila dah buat ni bolehlah kita ejas manisnya sebab yang di beli tu kadang-kadang too sweet. Kalau nak guna kacang merah dalam tin pun boleh. Kalau yang ada BM tu boleh aje guna menu untuk membuat jem, tak la susah nak kacau.... Kat sini cheq sue letakkan resepi dengan linknya sekali.... Wassalam...
         
        INTI KACANG MERAH

        Bahan-bahan ( Sekeluarga )
        500 gm kacang merah
        1 1/2 cawan gula pasir
        1 keping gula kerek ~ tak masukkan
        1 helai daun pandan
        1/2 cawan minyak masak
        **Cheq sue tambah tolak bahan ni untuk disesuaikan dengan jumlah kacang.
        Cara-cara
        Kacang merah di rebus sehingga empok. Mama guna pressure cooker, rebus selama 20 minit. sejukan kemudian rebus lagi sekali sehingga betul2 empok. Saya guna periuk biasa, rebus atas dapur gas
        Tapis buang airnya kalau berlebihan. Masak lagi sehingga iarnya kering.
        Masukan gula pasir, gula kerek, minyak masak dan daun pandan. Masak lagi sehingga terasa berat nak mengacau..pekat lah tu..
        Bolih lah tutup api..dah siap..