Wednesday, May 11, 2011

Cream Puff

Salam petang semua...
Petang ni CS nak tayang satu juadah yang baru je siap dimasak iaitu cream puff. Cream puff ni bukan la kuih pebret CS tapi sesekali bila rasa nak makan oleh je buat. sebenarnya sebelum ni dah beberapa kali buat...cuma yang sedihnya bila dah masak adunan tu tibe2 je mendak/turun/kecut jadik macam...macam ape ye...mcm mulut nenek xde gigi kot....heeee nenek2 jangan marah ye..
cream puff yang CS buat ni adalah dari yani manakala inti kastardnya dari honey. resepi yang biasa CS buat dulu tak tahu pulak siapa punya. kali ni memang bentuknya cun melecun dan tak kecut anymore... yey..yey...
jom kita tgk resepi yang telah di CnP itew...

Cream Puff

Bahan-bahan ( 10 biji - CS dapat dalam 17 bijik)

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9. Spray permukaan cream puff dengan air (CS x spray pun). Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

Custard cream

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.
  6. CS campur semua bahan2 ni dan masak atas dapur, guna api kecik...
 guna nozel munge-munge...comel aje..

 cream custard dah ready...guna susu cair je

 suka sgt2... x kecut pun, elok je stand

tada......selamat dah makan 2 bijik... alhamdulillah

4 comments:

  1. hari tu 1st time nuni buat mende ni jadi kecut....hu.....sedehnya...sejak itu x pnah try lg...ada tanda2 nk kene beli nozzle n piping bag jugak ni.heheh

    ReplyDelete
  2. kali ni je nuni buat dapat A...sebelum ni kecut mengecut jugak...he he he

    ReplyDelete
  3. memang nampak cantik puff tu..tu standard boleh jual tu

    ReplyDelete
  4. tu la pasal kak...puas hati la dengan hasil ni... tapi x tepk lg nk jual2 tu...xde bakat niaga (^_^)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]