Wednesday, September 7, 2011

Sup Ayam Masam...Untuk Orang Tak Sihat

Assalamualaikum & salam sejahtera

Bila badan rasa tak sihat, selera makan mula la beransur kurang. Nak makan pun tak lalu sedangkan tubuh dah lemah. Macam tu la jugak bila cheq sue rasa tak berapa nak sedap badan...tambah pulak dengan gigi yang dok membengkak...aduhhhh nak menggigit pun seksa. Tu yang terfikir untuk buat sup yang agak masam2 sikit...baru rasa ada selera.

Sebenarnya sup ni sama je macam masak sup ayam biasa, cuma ditambah bahan-bahan untuk memasamkannya lagi seperti tomato hijau, asam keping dan bunga kantan. Mmmmmmmmmmmm aromanya memang semerbak la, sedap aje bau masam2 tu..memang tak sabar nak makan.

Maaf ya semua, untuk bahan-bahan ni cheq sue tak tuliskan pun berapa kuantitinya sebab sup ni main campak2 aje... kalau ada sapa yang nak mencuba tu silakanlah mencampaknya mengikut citarasa masing2 pula... *_*


SUP AYAM MASAM
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- ayam
- ubi kentang
- * bawang putih, bawang besar, halia - ketuk & mayang
- * daun sup, daun bawang
- # tomato hijau, bunga kantan, asam keping
- @ bunga kubis, cendawan
- @ kiub ayam, lada sulah
- air, garam, minyak masak

Cara-cara :
- tumis bahan *
- setelah garing, masukkan ayam dan ubi kentang. rebus sehingga empuk
- masukkan air secukupnya dan bahan #
- setelah mendidih masukkan pula bahan @ dan masak sehingga sebati
- rasa garamnya dan bolehlah dihidangkan

8 comments:

  1. ciannnnn sakit gigi ya.nanti dah tak sakit baru boleh jumpa dentist..sekarang tengah sakit, dentist selalunya bagi pain killer je
    akak pun suka sangat sup ayam :D..nak masak pun senang tak yah nak bersilat lelama kat kitchen

    ReplyDelete
  2. @IXORAROXI

    dah tetua ni sakit gigi malu kat bebudak je kak...nak gigit sup ni pun aduhhhh...

    ReplyDelete
  3. moga cepa sembuh sue... makan sup pun sedap walaupun tak sakit gigi..:)

    ReplyDelete
  4. ni mcm demam raya je cheqsue...hihih... betol tu...kalau dh hilang selera nk makan, memang kene amik mende2 masam...bunga kantan pon herba penambah selera jugak!

    ReplyDelete
  5. @Juwita Jamaludin

    kalau kata tak sakit gigi ita...xde nak buat sup dah...mesti buat ayam crispy

    ReplyDelete
  6. @nuwairani ismail

    lepas raya kalau x sehat tu maksudnya xde duit nani... :)

    ReplyDelete
  7. - kesie ke dio...cepat sembuh ye cheqsue...

    ReplyDelete
  8. @AI

    hop alohhh... x sabar tunggu sembuh ni..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]