Sunday, October 23, 2011

1st Anniversary

Assalamualaikum & salam sejahtera

Wahhhh...kemain special menu lunch hari ni ye....Cheq sue belum lunch lagi, masak pun belum siap. Di kg jadual makannya berbeza sedikit. Maklumlah pagi dah sarapan berat, ladi lunch agak lewat. Kat rumah ni senang, tak perlu nak pk macam2...nak masak ape, nak gulai ape. Selalu masak yang simple2 aje, kalau la masak pelik2 macam grilled rosemarry chicken tu alamat x laku la.... (jangan marah ye Zack!) Keluarga kita ni tipikal aje, kalau yang 'diluar norma kebiasaan' ni dipandang ajelah...

Sebenarnya nak citer tentang ulangtahun pertama blog "Ila_CheqSue" hari ni. Eeeeeeee cepatnya masa berlalu. Walaupun dah tertubuhnya blog ni tahun lepas, aktifnya hanya pada bulan Mei tahun ini. Berapa lama blog tu tersadai. Lupa password, x reti nak guna macam2 alasan la. Cheq sue masih ingat, follower pertama adalah Nani, yang kebetulan masa tu kenal melalui somtam betik di MyResepi. Terus cheq sue berhai-hai dengan dia sampai sekarang. TQ nani...

Sekarang ni rasa berbaloi jugak bila ada blog. Harap sangat ianya dapat memberi manfaat kepada semua, samada follower ataupun silent reader. Cheq sue xde apa nak diberikan sebagai tanda terima kasih. Cuma nanti insyaAllah cheq sue nak buat 1 GA ringkas sebagai tanda penghargaan. Agak2 ada orang nak join tak ye? Nanti tengok la ya camana... Cuma satu harapan cheq sue agar blog ni akan terus hidup dengan pelbagai resepi akan datang, tak kira la dicuba dari dapur orang lain atau dicipta sendiri. InsyaAllah... Wassalam...

11 comments:

  1. hehe, takde marah..tergelak je ;) ngeee~ paham2, samalah dgn org tua kita, kalau makanan yg luar kebiasaan sikit dah tak makan dah (tp masa muda2 dulu makan la kot ;p) hepi anniversary kpd blog Cheq Sue, semoga dpt menyumbang lg resepi2 yg best2 belaka~

    ReplyDelete
  2. AS-SALAM CHEQ SUE
    Congratulations for your 1st blogger Anniversary..

    ReplyDelete
  3. Congrat.Kiranya dah khatam la ya cheq su.Teruskan berblogging

    ReplyDelete
  4. tahniah le dh 1 tahun dah.semoga akan bertambah follower pasni

    ReplyDelete
  5. tahniah cheqsue..dah setahunkan..dulu acik setahun aje dari sue.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Kak Cheq Sue, Happy 1st blog anniversary! semoga dapat terus berkongsi resepi masakan lagi nanti dan teruskan menulis...:)

    ReplyDelete
  7. wah! cheqsue! dah genap setahun rupenye...cepat masa berlalu...tahniah2... kalau tengok balik entry awal2 tu mesti rasa macam nak senyum2 sendiri kan? hihih

    ReplyDelete
  8. Selamat ulangtahun utk blog cheq sue yer...kelas kau jah...hihihi

    ReplyDelete
  9. Assalam sue, semalat meneruskan perjuangan dlm berblog heheh..dan tahniah

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]