Thursday, June 23, 2011

Kuetiaw Ladna ~ Lebih kicap le pulok...

Selamat malam kengkawan mayaku semua...
Arini penat jugak rasanya... Banyak yang kene siapkan untuk sambutan anugerah kecemerlangan esok. Cheq sue terlibat dengan persembahan. Nak melatih bebudak menari keras kejung...so kena la settlekan bagian mekap, pakaian dan kelancaran persembahan. Anugerah kecemerlangan kali ini sangat istimewa kerana pertama kali dibuat di dewan sekolah dan bakal menerima tetamu istimewa YB Cameron Highlands.
Untuk berbuka petang tadi, cheq sue dah malas nak masak nasik...so buat je kuetiaw ladna. Ewaahhhhh...kemain lagi. Kalau kuetiau, selain goreng dan tomyam, ladna ni memang menjadi pilihan. Alkisahnya kuetiau ladna nak dibuat ni terlebih kicap...ntah ape yang diralik tak tau... dah hampir tertukar dengan hailam lak rasanya. Sebenarnya inilah pesen cheq sue membuat ladna...lain orang lain caranya.... kan kan kan... Yok tengok resepi...


KUETIAW LADNA
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- setengah peket kuetiaw
- 4 biji bawang putih (bagi 2 untuk goreng kuetiaw dan buat kuah) - ketuk
- seketui baby corn (hiris nipis)
- 1/4 biji karot (potong)
* kalau ada kailan lagi sedap..
- sedikit ayam dan sotong
- 2 bijik cili
- kicap, tepung jagung dan air
- sedikit kiub ayam

Cara membuatnya :
- rendam kuetiaw dengan air panas sehingga agak-agak lembut
- panaskan minyak dan goreng bawang putih
- masukkan kuetiaw dan kicap. Goreng sebentar
- bila dah siap, angkat dan ketepikan
- dalam kuali yang sama, masukkan sedikit minyak dan tumis bawang putih
- masukkan ayam dan sotong.
- kemudian masukkan pula cili, baby corn dan karot
- tambah air mengikut kepekatan dikehendaki. Masak hingga mendidih
- bila ayam dan sayur sudah empuk, masukkan cili, sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dan rasakan gula dan garam
- masak 4 5 minit
***tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa....siap sudah

2 comments:

  1. assalamualaikum...salam kenal..nampak sedapnyer kuetiaw ladna..lama dah tak merasa ni..hihihi..

    ReplyDelete
  2. W'salam. TQ tun sudi ke sini... Kuetiaw ladna ni memang kegemaran saya...sedap dan senang..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]