Tuesday, July 12, 2011

Roti Mayonis


Assalamualaikum & salam bahagia

Pagi ni, sarapan ape? Cheq sue pagi2 dan telan seketui roti mayonis yang diuli semalam. Dah lama simpan resepi ni, Mas dah buat bermacam2 gaya. Yang lain pun dah berkali-kali mencuba. Nak tak nak kena buat dah...asyik dok telan ayaq liuq aje tgk orang buat...kite nak cuba jugak..Sebenarnya nak meroti bukannya payah pun...timbang bahan-bahan dan campak aje dalam BM, uli ikut bentuk dan bakar. Tapi bila memikirkan sape yang nak makan...tu yang asyik tertangguh. Lagipun belum pernah lagi buat roti dan masukkan mayonis. Bila dah siap bakar tu baunya agak2 masam sket (maklumlah mayonis tu tak ditimbang, main sudu aje) tetapi tersangatlah lembut dan gebu. Berbaloi buat roti ni.. Walaupun cheq sue tak menggunakan water roux tetapi masih tetap gebu gaban lagi. Mula2 nak masukkan bread improver tapi alamak terlupa sudaaaaaa............

Versi roti sosej. Senang nak abeskan. Taruk aje sosej + sos + mayo, bagi pada adik naim dan kengkawan. Silap2 aribulan tak cukup 4 ketui

Versi bulat bulatan... perfect shape...

 Agak2 nak buat apa ye dengan roti2 ni... Mmmmmmm....

ROTI MAYONIS 
Sumber : Yani Deco Choco

Bahan-bahan:
  • 300g tepung roti
  • 110g air
  • 50g water roux cheq sue tak masukkan
  • 50g mayonis
  • 45g gula
  • 45g marjerin/butter eh??? tak perasan la pulak dalam resepi...so tak masukkan ni... errrr....
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
Cara-cara:-
  1. Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON.
  2. Keluarkan doh... tumbuk2 utk keluarkan angin.
  3. Bahagikan doh kepada bentuk-bentuk kecik
  4. Biar naik 2 kali ganda sebelum dibakar
  5. Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit

14 comments:

  1. ermmm.. nampak gayanya.. akak jer ler yg belum cuba2 buat lagi yer.. asyik dok tergoda n terliur jer tgk org lain buat... tp akak nie kalau bab meroti nie mmg liat ckit nak bangun... hehehhee... bila ler sampai seru nak meroti nie kan... cheq sue... akak nak 3 ketul... hehehe

    ReplyDelete
  2. oh kalau resepi letak water roux tak letak xper yer? sbb belum pernah cuba resepi letak water roux..nak buat tu mls...huhuhu...

    roti nampak sgt lembut wpun terlupa letak butter...^^

    kena cuba ni sbb BM saya dah lama cuti...

    ReplyDelete
  3. @H.J
    Alhamdulillah sedap...gebu dan lembut aje..

    ReplyDelete
  4. @Diana @ Melley Mey
    Nak 3? Saya bagi semua la kat akak... Kalau bab2 roti ni lambat siket nak abes... tapi suka nak buat... :)

    ReplyDelete
  5. @Cik Puan Izan❤
    Sama la saya pun Izan...nak membuat water roux tu malas... tapi yang ni alhamdulillah lembut, agaknya sebab mayonis tu kot...

    ReplyDelete
  6. - best la adik naim...selalu dpt makanan dr cheq sue...huhu

    ReplyDelete
  7. @AI
    nak buat gane yer...udah rezeki adik naim

    ReplyDelete
  8. kak sue.. bawa gi sekolah. jual dlm bilik guruu.. haha.. tun pun bila wat mcm2 mula laa pening sapa nk makan. kt umah duk 2 org je. siap tepon kwn suruh dtg makan kt umah. hihi..
    yg bulat tu mmg perfect shape! tun wat nk kata bulat pun x sgt, oval lg laa tak.. dh jd free shape pun. hihi

    ReplyDelete
  9. @tun_telani
    Aiiiiii tak tergamak le pulak tun nak pi jual kat skolah... kang orang kata cenggini pun jual... he he he

    ReplyDelete
  10. rajin ler wat roti.. seesekali mud meroti smpai mmg bes kan :)

    ReplyDelete
  11. @nOOrsha
    Bila sampai anginnya...memang kena buat... kalau idak ribut taufan pulak yang datang

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]